Mujahadah Cinta

Thursday, February 6, 2014

UiTM Machangster


Disini. Di bumi UiTM Machangster, telah tercipta sebuah kehidupan selama 2tahun 3bulan.. Berada tinggi diatas bukit, dikelilingi pepohon hijau dan udara yg nyaman. Indahnya pemandangan disini berbeza dengan kepahitan kenangan yg tercipta semalam. 

Tetapi, disini jugalah telah bangkitnya kesedaran, lalu bermula lah penghijrahan seorang insan.. 
Sedar xsedar ada lebih kurang 8bulan lagi berada disini.. Hala tuju selepas ini masih belum diketahui, mungkin kekal disini atau bhijrah ke suatu destinasi. 

Yang pastinya aku tidak ingin berada ditampuk yg sama, aku inginkan sebuah pengembaraan. 
Apa yang perlu dilakukan sekarang, benar2 harus berjuang tingkatkan usaha, dan harus berkorban :)

Friday, December 13, 2013

"Aku tidak sebaik yang kau ucapkan tetapi tidak seburuk yang terlintas di hatimu" -Saidina Ali .

Monday, September 23, 2013

Monolog Diri

Disaat ini, detik ini, dan ketika ini, 
Aku masih tercari-cari cintaNya yang cukup bererti,
Bererti buat jiwa yang dahagakan ketenangan diri.
Saban hari aku berjalan dan kekadang berlari,
Disegenap ruang mimpi dan juga di alam realiti,
Semata-2 untuk merasai kehadiran cinta itu disanubari,
Tetap cinta itu tetap belum mampu ku miliki.
Mungkin saja usaha dan perjuanganku masih diparas buku lali,
Dan takkan sekali-kali kubenarkan 'putus asa' menyinggahi diri,
Ya ! tabahlah hati, kuatlah duhai diri, mungkin sedikit masa lagi.
Teruslah melebarkan sayap untuk menggapai cintaNya yang hakiki ˛° 



Friday, June 29, 2012

Intro..

sy maseh t'lalu baru lam 'dunia blog'..
maseh nggak tahu apa2 seyh :)
1st tyme m'cburkn diri lam blog, fuhh t'sgt2 lha tunggang langgang ..
*kesah pulak . hee~ :P